Kerajaan setuju seragam gred MUET ke IPTA, IPTS

2015-08-09 1

Kerajaan pada dasarnya bersetuju untuk menyeragamkan kenaikan gred Malaysian University English Test (MUET) bagi kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) diperluaskan ke Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Bagaimanapun, kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika ini kementeriannya hanya memberi fokus kepada persediaan pelaksanaan di peringkat IPTA, iaitu bermula tahun depan.