Kerajaan negeri Selangor hari ini meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk kerja membaik-pulih Pangsapuri Teratai, Kuala Kubu Bharu yang terjejas akibat tanah runtuh pagi tadi.
Menteri Besar, Azmin Ali yang meninjau kawasan itu berkata, kerajaan negeri turut menyumbangkan RM150,000 untuk bantuan bencana kepada 120 keluarga yang terbabit dalam kejadian itu.