Kempen Rakyat Hakim Negara gagal tarik anak muda

2015-08-09 2

Selepas mengikuti perjalanan kempen Rakyat Hakim Negara sejak dilancarkan pada 14 Oktober lalu, NGO Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) yang mesra dengan Pakatan Rakyat mendapati terdapat kelompongan dalam kempen berkenaan.

Akibatnya, kata Penyelaras Komunikasi LENSA Ahmad Syukri Abd Razab, terdapat banyak cemuhan daripada anak muda dalam media sosial.