Polis tangkap siswa halang perobohan Kg Chubadak

2015-08-09 1

Dua aktivis pelajar ditangkap polis kerana didakwa menghalang pihak berkuasa merobohkan rumah seorang penduduk setinggan di Kampung Chubadak, Sentul di Kuala Lumpur petang tadi.

Mereka ialah Pengerusi Majlis Dakwah dan Kebajikan Gamis Ahmad Fahmi Mokhtar dan Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional Abdul Muqit Muhammad.

Menurut penduduk, sejurus selepas tangkapan, pihak berkuasa mengarahkan penduduk supaya memindahkan barangan mereka sebelum jentolak mula merobohkan rumah mereka.