Gabungan 40 badan bukan kerajaan (NGO) Islam / Melayu hari ini menyeru rakyat menyertai himpunan menjunjung kasih dan taat setia kepada sultan Selangor dan institusi raja.
Himpunan yang sudah lama dirancang ini dianjurkan berikutan daripada pelbagai hinaan serta tomahan terhadap institusi raja yang semakin menjadi-jadi di media sosial.