Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pidatonya pada program "40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara" berkata dirinya sudah dewasa tetapi ramai anak muda kini akan bangkit bukan sahaja sekadar menggantikan dirinya tetapi melawan kepimpinan BN/ Umno yang jahat.
Beliau juga mengambil kesempatan itu bagi memuji Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol yang sanggup menggadaikan masa depannya demi berjuang untuk kebebasan akademik.