'Apakah PM ada roh Melayu bagi tambah tanah rizab?’

2015-08-09 10

Tanah rizab Melayu boleh ditambah sekiranya ada kemahuan politik daripada mereka yang berkuasa di peringkat kerajaan pusat dan negeri, kata bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi Datuk Nik Mohd Zain Yusof.

Bagaimanapun, menurut seorang lagi penceramah pada forum yang dianjurkan oleh PERKASA ini, iaitu Yang di-Pertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, persoalannya ialah sama ada mereka di peringkat tertinggi itu mempunyai semangat dan roh Melayu untuk berbuat demikian.