Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol berfikiran positif bahawa Universiti Malaya tidak akan mengambil tindakan terhadap dirinya dan mahasisawa lain yang merempuh pagar kampus itu pada Isnin lalu.
Katanya, beliau percaya pensyarah dan kakitangan pengurusan universiti itu mempunyai akal yang waras dan pendirian terbuka bagi menyokong kebebasan akademik.