Esszone di Sabah lebih selamat dari KL, kata menteri

2015-08-09 5

Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah atau Esszone adalah lebih selamat berbanding ibu negara Kuala Lumpur kerana kawasan itu sentiasa diperhatikan oleh pasukan keselamatan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim di Dewan Rakyat.

Menjawab soalan daripada Linda Tsen Thau Lin (BN-Batu Sapi), Shahidan mendakwa beliau ada terjumpa pelancong yang berkata mereka merasakan diri cukup selamat ketika berada di kawasan Esszone.