Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menyatakan keadilan bukan saja untuk 'orang besar' seperti bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi juga untuk 'orang kecil' seperti bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.
Beliau berkata tidak patut sekiranya rakyat memikirkan perkara itu secara emosi semata dan menganggap Anwar sahaja sebagai 'mangsa' kepada kes liwat beliau yang kini sedang berjalan di Mahkamah Persekutuan.