Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tuduhan meliwat yang dihadapinya adalah bermotifkan politik dan pihak peguambelanya telah berjaya menghancurkan kes pendakwa raya.
Justeru, katanya, beliau yakin dan berdasarkan fakta undang-undang, dirinya berhak dibebaskan pada Selasa ini apabila panel lima hakim Mahkamah Persekutuan membuat keputusan.