Menteri akui tidak semua ubatan bebas cukai GST

2015-08-09 0

Menteri Kesihatan Datuk Dr S Subramaniam mengakui tidak semua ubat-ubatan akan beas dari cukai barangan dan perkhidmatan (GST) apabila ia dilaksanakan pada April tahun depan.

Mengulas permintaan, Persatuan Farmaseutikal Malaysia (MPS) agar semua ubat-ubatan dikenakan kadar sifar bawah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), beliau berkata, setakat ini kira-kira 4,200 jenama ubat tidak dikenakan cukai kontroversi itu.