PasMa sudah bertapak di 7 negeri, akan lebarkan lagi sayap

2015-08-09 2

Selepas penubuhannya tiga bulan lalu Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan mesyuarat pertamanya malam tadi bertempat di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata setakat ini NGO itu telah bertapak di tujuh negeri dan akan mengembangkan sayapnya ke Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak sebelum ke luar negara.