PM mahu akta baharu bagi kekang keganasan IS

2015-08-08 2

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Kertas Putih berhubung ancaman kumpulan militan Negara Islam atau IS di Dewan Rakyat hari ini menyarankan akta baharu dibentuk.

Katanya undang-undang itu bagi menangani militan keganasan dengan lebih efektif di samping memperkukuhkan akta pencegahan keganasan sedia ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas), Akta Pencegahan Jenayah dan Kanun Keseksaan.