Walaupun dilihat senada berdepan soalan pemberita berhubung isu sekitar syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Tun Dr Mahathir Mohamad dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar masing-masing tidak mahu mengulas sama ada perhimpunan agung Umno minggu depan patut membincangkan isu berkenaan.
Bekas Perdana Menteri dan Menteri Belia dan Sukan itu sekadar membalas soalan wartawan dengan senyuman, tanpa sepatah kata dilontarkan.
Mahathir sebelum sidang akhbar di program lumba berbasikal "Le Tour de Langkawi" di Yayasan Kepimpinan Perdana., sempat membantu Khairy memakai jersi yang disediakan penganjur.