'Melayu jadi Red Indian jika Umno, PAS tak gabung'

2015-08-08 10

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad mahu PAS bergabung dengan Umno bagi menyekat DAP daripada menjadi dominan sekiranya Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan.

Katanya, DAP akan meminggirkan Melayu dan mereka akan mengalami nasib yang sama seperti Red Indian di Amerika Syarikat jika Pakatan kelak berkuasa.