Selangor selesai ambil alih Puncak Niaga, Syabas

2015-08-08 2

Syarikat Air Selangor milik kerajaan negeri telah memuktamadkan pengambil-alihan dua syarikat swasta terbesar yang menguasai kawalan air terawat di negara ini iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Dengan pengambil-alihan itu, kata Menteri Besar Mohamed Azmin Ali, kawalan air kini kembali kembali kepada kerajaan negeri.