Kereta rasmi: Kalau ungkit, ambil balik, kata Shamsudin

2015-08-08 4

Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kecoh apabila isu pemberian kereta rasmi kepada Ketua Pembangkang, Datuk Shamsudin Lias dibangkitkan semasa wakil Sungai Burung itu membahaskan belanjawan Selangor 2015.

Datuk Teng Chang Khim (DAP-Sungai Pinang) membangkitkan isu berkenaan apabila Shamsudin melahirkan hasrat wakil rakyat BN untuk menolak wang RM200,000 setahun yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri kepada setiap ADUN pembangkang.