Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil gembira kerana tuntutan pergerakan itu agar diperuntukkan jawatan naib presiden parti mendapat perhatian pucuk pimpinan tanpa perlu melakukan protes jalanan.
Katanya, dalam Umno, mereka hanya perlu memperjuangkan sesuatu secara berhemah dan beradab serta tidak perlu turun ke jalan raya, atau membakar 'bra' sebagai contoh.