Speaker: Ada 14 hari, jangan sebarangan tanya, fikir dulu

2015-08-08 5

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menegur ahli parlimen yang suka bertanyakan soalan membabitkan dasar, semasa sesi soal jawab, dan soalan yang tidak mempunyai matlamat jelas.

Teguran itu dibuat semasa giliran Datuk Norah Abd Rahman (BN-Tanjong Manis) yang mengemukakan soalan mengenai langkah-langkah yang diambil untuk memastikan sasaran 55 peratus penyertaan wanita dalam pasaran pekerjaan pada penghujung tahun 2015 dapat dicapai dan pencapaian dasar sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datin Paduka Chew Mei Fun kemudian mengambil masa kira-kira 11 minit untuk menjawab soalan itu.