'Mahasiswa percaya kepada Umno, bukan PKR, PAS'

2015-08-08 3

Ketua Penerangan Umno Wilayah Persekutuan Gulam Muzaffar Gulam Mustakim menerima baik memorandum yang diserahkan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) memohon bantuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan tanah warisan Melayu daripada terus dicerobohi.

Katanya, tindakan itu membuktikan bahawa mahasiswa percaya kepada Umno yang mampu menyelesaikan masalah dan bukannya PKR ataupun PAS.