Zahid ikrar tindakan tegas, segera ke atas penghasut

2015-08-08 3

Kerajaan akan memastikan tindakan lebih tegas dan segera terhadap penghasut diambil selaras pindaan Akta Hasutan 1948 kelak, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam ucapan penggulungannya, beliau yang juga adalah naib presiden Umno memberi statistik pesalah di bawah Akta Hasutan pada 2010 sebanyak 40 orang berbanding 12 orang pada tahun ini.