PAS hari ini mahu tahu jika tokoh wartawan negara, Datuk Abdul Kadir Jasin dimaksudkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai 'blogger bangang' yang menyerang dirinya
Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar mengajukan persoalan itu sewaktu mengulas teguran Najib terhadap penulis-penulis blog pro-Umno yang mengkritik Umno.
Najib berkata tiada istilah 'tembakan mesra' dan blogger yang digajikan Umno seharusnya sedar siapa majikan mereka dan jangan terus bersikap 'bangang'.