MB: Selcat akan putuskan lebihan pampasan staf Khalid

2015-08-08 21

Lebihan bayaran dalam pampasan RM2.6 juta kepada kakitangan Tan Sri Khalid Ibrahim akan ditentukan oleh Jawatankuasa Keupayaan, kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat), kata Menteri Besar Selangor Azmin Ali.

Semalam, satu laporan audit ke atas pembayaran itu dibentangkan di Dewan Undangan Negeri dan laporan itu memutuskan terdapat lebihan pembayaran telah dibuat.