Halang hantar petisyen, MP PR dakwa UM sekat kebebasan bersuara

2015-08-08 8

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar IbrahimI yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai mendakwa, pihak UM seolah-olah menyekat kebebasan bersuara pelajar, selain bersikap 'pilih kasih' apabila hanya memberi laluan kepada pemimpin BN untuk berforum dalam universiti.

Petisyen ini dipersetujui oleh ahli Parlimen PR seramai 42 orang untuk diserahkan kepada wakil Naib Canselor UM, Profesor Datuk Dr Mohd Amin Jalaluddin namun tidak dibenarkan masuk ke dalam Dewan Canseleri UM.

Turut hadir ketika menyerahkan petisyen bantahan tersebut ialah, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Ahli Parlimen Shah Alam, Datuk Seri Khalid Abd Samad, Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran dan Ahli Parlimen Bayan Baru, Tze Tzin Sim.