NGO dakwa BFM hina Islam, buat laporan polis

2015-08-08 25

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini membuat laporan polis mendawa stesen radio BFM 89.9 menyiarkan kandungan yang menghina Islam dalam membicarakan kalimah Allah, isu daging korban, hak Melayu dan berpakaian tudung.

Menurut pegawai kerja PPIM Mohd Mustaffa Hamzah, terdapat unsur penghinaan dan hasutan terhadap agama Islam dalam siaran radio itu dan mahu pihak berkuasa menyiasat dan bertindak ke atas juruhebah dan juga stesen berkenaan.