Marina harap Kelantan tak laksana hudud

2015-08-08 2

Aktivis sosial Datuk Marina Mahathir berkata, beliau berharap agar pelaksanaan undang-undang hudud tidak dilaksanakan di Kelantan.

Beliau yang juga adalah ahli lembaga Sisters In Islam (SIS) berkata, walaupun tidak mengetahui bagaimana sesuatu undang-undang diluluskan, namun beliau berpandangan bahawa ia bukan masa yang sesuai untuk melaksanakan undang-undang berkenaan.