Notis terhadap Qaradawi: Anwar mahu M'sia gasak Interpol

2015-08-08 2

Pakatan Rakyat mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan mengambil pendirian serta ketetapan tegas membantah notis merah Polis Antarabangsa (Interpol) ke atas sarjana terkemuka Islam Dr Yusuf Al-Qaradawi.

Dalam kenyataan media, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sumbangan Al-Qaradawi dalam dunia Islam tiada taranya, maka sewajarnya Malaysia selaku model negara Islam mendepani inisiatif mengasak Interpol agar bersikap profesional.