Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui bahawa keutamaan PAS adalah melaksanakan undang-undang Syariah termasuk hukum hudud berbanding perjuangan Pakatan Rakyat 'menakluki' Putrajaya.
Katanya, tidak mengapa jika PAS dipecat dari Pakatan, jika sekutunya PKR dan DAP menentang parti Islam itu asalkan hasratnya melaksanakan hudud tercapai.