Peniaga terpaksa lelong barangan selepas banjir

2015-08-08 10

Sebahagian peniaga di bandar Kota Bharu, mula membersihkan kedai mereka hari ini selepas air surut sejak petang semalam.

Bagaikan pesta, barang-barang yang terkena air banjir dilelong di hadapan kedai masing-masing dengan harga lebih separuh dari harga asal.

Seorang peniaga pakaian muslimah, Nordin Ibrahim berkata, beliau terpaksa melelong barangannya dibawah harga modal semata-mata untuk menghabiskan stok yang terkena air banjir.

Free Traffic Exchange