Bagi membuktikan keyakinan dan sokongan terhadap syarikat penerbangan AirAsia yang kehilangan pesawat QZ8501 pagi semalam, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dan ahli parti itu akan meninjau negeri-negeri yang terjejas akibat banjir dengan menggunakan pesawat AirAsia.
Katanya, mengikut jadual, mereka akan ke Terengganu esok dan kemudiannya berada di Perak pada Rabu.