NGO dakwa pemimpin Kelantan miliki kekayaan luar biasa

2015-08-08 1

Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin mendakwa ia mempunyai dokumen berhubung kekayaan pemimpin tertentu PAS di Kelantan daripada hasil pembalakan.

Presiden NGO itu, Ramesh Rao berkata semua dokumen berkenaan akan diserahkan apabila kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal balak di Kelantan yang dikatakan sebagai punca bencana banjir di negeri tersebut.