Lebih 100 petani, penternak Perak demo sayur di Putrajaya

2015-08-08 3

Kira-kira 100 orang petani dari 22 kampung sekitar Perak hari ini berhimpun di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Putrajaya dengan membawa hasil pertanian mereka dalan mempamerkannya di luar bangunan itu.

Sambil membawa sepanduk dan kain rentang dalam pelbagai bahasa , mereka merayu menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya campurtangan bagi memastikan kerajaan negeri Perak membatalkan notis pengusiran terhadap kawasan pertanaian dan penternakan yang mereka usahakan selama ini.