Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek memaklumkan kementeriannya akan menjalankan 'operasi pasca banjir' mulai esok bagi memantau harga makanan dan barangan keperluan asas harian di pasaran.
Katanya, tindakan tegas akan diambil ke atas mereka yang mengaut keuntungan berlebihan dan pihaknya mengambil berat rungutan orang ramai yang mendakwa harga beberapa barangan naik mendadak di beberapa kawasan baru-baru ini selepas banjir.