K'jaan campuran: Mustafa Ali jelaskan pendirian PAS

2015-08-08 21

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu enggan mengulas soalan wartawan berhubung kerajaan campuran di antara PAS dan Umno di Kelantan.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang hadir sama pada sidang akhbar hari ini berkata konsep persekutuan menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berbincang mengenai cara membangunkan semula Kelantan.