Anggota tentera yang terbunuh dalam letupan di Gurun, Kedah pada 24 Disember tahun lalu dipercayai mencuri roket anti-kereta perisai daripada sebuah kem di Kedah dengan niat menjual tembaga daripada bom itu, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.
Katanya, motif berkenaan bukan untuk membunuh atau meletupkan sesiapa tetapi mengumpul tembaga untuk dijual sebagai logam lusuh.