Menteri tiada maklumat kes curi roket anti-kereta perisai

2015-08-08 0

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein enggan mengulas lanjut berhubung tindakan seorang askar yang mencuri roket anti-kereta perisai daripada sebuah kem tentera di Kedah.

Ketika ditanya pemberita, kenapa terdapat kelonggaran kawalan keselataman sehingga roket itu dicuri, Hishammuddin berkata beliau tidak menerima sebarang laporan mengenai perkara berkenaan.