Jemaah menteri tidak membincangkan surat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat dalam kes pembelaan warganegara Malaysia Paul Phua, yang didakwa seorang raja judi.
Justeru, kata, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau tidak dapat mengulas lanjut kerana mahu menelitinya terlebih dahulu.