Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan permohonan mualaf N Viran @ Izwan Abdullah untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi di Seremban yang memberikan hak jagaan anaknya kepada bekas isteri beliau.
Sehubungan itu, anak berusia enam tahun yang dibawa ke mahkamah pagi ini, akan kekal bersama bapanya manakala bekas isteri Izwan, S Deepa diberikan hak jagaan ke atas anak perempuan mereka.