Perodua Myvi, model kereta paling popular Malaysia sejak sembilan tahun lalu kini dipertingkat dengan kemasan lampu projektor serta dilengkapi pengesan membelok depan, sekali gus meningkatkan lagi ciri keselamatannya.
Ia ditawarkan pada harga daripada RM41,500 seunit bagi varian Standard G 1.3L manual hingga RM58,900 untuk varian automatik Advance 1.5L.