Pengusaha dakwa 'teksi merah' ada hubungan dengan menteri

2015-08-08 3

Pengasas teksi premium Big Blue Taxi Service Datuk Shamsubahrin Ismail mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat syarikat yang memiliki lesen teksi bajet atau “teksi merah” yang didakwa ada hubungan dengan ahli politik.

Dakwanya, syarikat-syarikat besar teksi bajet itu sama ada mempunyai hubungan atau mendapat sokongan daripada ahli politik, termasuk pihak menteri.

Beliau bagaimanapun enggan menamakan siapakah pihak yang dimaksudkannya itu tetapi sedia memberi kerjasama dengan SPRM jika dipanggil untuk membantu siasatan.