Ahli Parlimen Kapar, G Manivanan mahu kerajaan menghapuskan permit mengimport (AP) ke atas 2,428 jenis barang makanan bagi mengurangkan harga barang makanan.
Menurutnya, pelaksanaan AP mewujudkan kawalan monopoli ke atas barang makanan tersebut, termasuk bijirin, gula, daging, hasil tenusu, koko dan buah-buahan.