Sebanyak enam anggota pergerakan Hezbollah termasuk anak kepada komander, Imad Mughniyeh terbunuh dalam satu serangan udara yang dilancarkan oleh Israel di Bukit Golan, semalam.
Sumber keselamatan Israel mendakwa serangan itu dilancarkan bagi menentang kegiatan ‘pengganas’ yang berlaku berhampiran Quneitra.