Najib saran tambah 'jualan mega', lanjut masa operasi

2015-08-08 2

Bagi merancakkan pasaran domestik berikutan kejatuhan harga minyak mentah global, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyarankan supaya waktu membeli-belah dilanjutkan.

Berucap ketika menyampaikan Perutusan Khas Perkembangan Ekonomi Semasa dan Kedudukan Kewangan Negara di PICC, Putrajaya, katanya, jumlah ‘jualan mega’ juga perlu ditingkatkan manakala kempen membeli barangan Malaysia juga akan diperhebatkan.