Perpaduan tak matang, PLKN, wajar diterus, kata MUBARAK

2015-08-08 4

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) mahu Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang ditangguhkan pelaksanaannya tahun ini semasa semakan Bajet 2015 sebagai langkah berjimat cermat dikaji semula.

Menurut presidennya, Tan Sri Abdul Aziz Rahman, program PLKN harus diteruskan kerana tahap perpaduan negara dan pembinaan negara bangsa di Malaysia masih belum berada pada tahap matang.