PAS saran Majlis Fatwa label PERKASA ‘pelampau dan sesat'

2015-08-07 7

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad hari ini mendakwa tindakan PERKASA yang bertindak ganas dan menceroboh tapak projek pembinaan kondominium mewah Datum Jelatek di Taman Keramat Ahad lalu menjatuhkan imej Melayu dan Islam.

Malah, Khalid turut menyifatkan tindakan PERKASA itu juga keterlaluan dan bercanggah dengan ajaran Islam.

Sambil membaca hadis yang menyelar tindakan individu yang menyeru kepada perkauman, Khalid berkata, tindakan beberapa individu yang didakwanya sebagai ahli PERKASA itu juga sesat dan bercanggah dengan ajaran al-quran.