Boikot air minuman lebih RM1, kata pengguna Islam

2015-08-07 3

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini melancarkan kempen memboikot air minuman dan air galian yang berukuran 500ml dan dijual pada harga yang melebihi RM1.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan, berkata kempen selama tiga bulan bermula hari ini akan dijayakan bersama Kongres Kesatuan Pekerja- Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).