Gerakan khuatir lambakan beras bagi naikkan harga

2015-08-07 1

Biro Aduan Gerakan hari ini membuat aduan kepada polis berhubung lambakan beras di sebuah kilang di Behor Mali dekat Kangar sejak kira-kira tiga tahun lalu.

Menurut timbalan pengerusi biro itu, Ben Liew, pihaknya khuatir ada pihak yang cuba menyorok beras semasa musim perayaan seperti tahun baharu Cina dengan tujuan untuk menaikkan harga beras.