'Penyokong Umno ibarat mabuk todi, patut himpun di JPM'

2015-08-07 1

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mempertikaikan tindakan 92 ketua Umno bahagian di seluruh negara yang menyokong gesaan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri supaya memboikot perniagaan kaum Cina.

Mahfuz berkata tindakan pemimpin Umno itu sebagai "membuta tuli bagai orang mabuk meminum todi" dan sepatutnya mereka berhimpun di depan pejabat perdana menteri kerana kerajaan yang bertanggungjawab menurunkan harga dan bukannya peniaga.