Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli menyindir pemimpin parti lawan yang mahu BN tidak bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka yang dikosongkan Datuk Nik Aziz Nik Mat atas alasan menghormati allahyarham.
Katanya, jika benar pertimbangan itu, sudah tentu BN tidak cuba merebut DUN Chempaka pada pilihan raya umum sebelum ini.